niin

niin

Klik

31 Dec 2012

PERGI TAK KEMBALI



Salam and hye peeps,















Mengupdate entry terkhir bagi tahun 2012 nie. Apa yang pergi apa yang tak kembali, sapa yang pergi dan sapa yang tak kembali nih ? Macam-macam yang boleh kita rujuk based tajuk kat atas nuhh. APA yang macam-macam tuh. Lembu ke ?





MASA



Masa yang dah lalu, tak akan kembali, walau sesaat, dengar macam cliche. Tapi hakikat ramai orang tak sedar termasuklah aku yang masa sekarang nie berjalan/berlalu/berlari dengan laju bak angin. Kita rasa tapi tak kisah.kann? Selalu kita dengar "Time is GOLD" tapi aku ada terbaca Rasul kita cakap "Time is LIFE" , tapi still dok lagha jugak kan, termasuklah aku. 



Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun 2013, aku bakal tua lagi setahun, suka tak?? mestilah takkk.=.='' .Aku selalu sangat berharap yang aku jadik macam nie sampai bila-bila. Jadik budak-budak jee, aku tak nak jadi orang besar/dewasa. Ntah aku tak suka, aku lagi suka jadik budak-budak.





ORANG


Orang, sapa? Kau? Aku? Korang? Mereka? Siapa? Pergi takkan kembali, tahun nie aku selalu sangat dengar pasal kematian orang, Innalillah. Baru-baru nie, member aku sendiri ayah dia meninggal, sangat mengejut aku terkejut dengar, inikan pulak dia, tak mampu aku nak ucap or cakap banyak sebab aku bukan kat tempat dia.



 Dapat ucap Innalillah dengan baca doa jaa. Middle of study week, aku dengar pon menggigil, inikan pulak dia. Sabar, sabar, sabar, perkataan yang mampu orang ucap tapi selalunya tak dapat buat. Aku harap dia banyak bersabar. Bila dah takdak baru nak rindu, aku pon macam tue, jauh-jauh nie aku rindu sangat dengan parents, adik-beradik aku.






KHILAF



Segala salah dan perbuatan tak kiralah apa-apa pon, mesti kita ada buat. Setiap manusia kalau ada peluang nak betulkan kesilapan dia balik mesti berebut-rebut. Khilaf, satu benda yang kalau boleh orang nak betulkan sangat. Nie pon masuk kategori dah pergi takkan kembali dan tinggalkan kesan kat orang. 



Khilaf yang kita buat, buat orang tak percaya kat kita, cuma satu aku mintak jangan cepat menilai orang, sedih aku kadang-kadang bila orang cepat menilai orang lain. Kadang-kadang tue bukan tampat/masa/waktu/tika/ bagi orang tue nak ekspreskan diri dia yang sendiri.







Malam nie, lagi 50 minit 2012 bakal melabuhkan tirai, 366 hari dalam tahun 2012 nie, tak rasa sangat pon. Okayyy, ye laa tak rasa yang semester nie yang macam nak pecah kepala, nak menangis menggila, sakit kaki, penat otak bagai tue pon bole bajet tak rasa.hahahha. Okayyy rasa sangat. Macam-macam jadik sem nie, tahun nie yange best yang tak best. 


But again nie semua bitter sweet yang jadik kenangan jugak nanti.mihmihmih. #2012ReallyTaughtMeALotOfThings. Moga aku jadik better person next year, anak yang baik, adik yang baik, kakak yang baik, member yang baik dan segala yang baik. Amin :)
Good bye 2012, im gonna miss you, welcome 2013 hope you being one of my greatest years. Amin














Sekian and happy reading :))))





p/s: still in Bintulu, roomate tengah layan movie, sekarang 1st day exam, angin sepoi-sepoi bahasa, kat luar boleh dengar firecrackers dok bunyi even belum midnite-excited kot

No comments:

Post a Comment