niin

niin

Klik

15 Aug 2012

CARA KENALI KULIT BABI-II


Salam...hyeee..hee..okay entry nih nak cita pasal kulit babi okay, BABIiiiii...haha , bukan kulit baby tau..sapa sapa yang tak tau kulit baby tue macam mana memang nak makan pelempang rasa2 nya kaannn. Kulit baby tue cam aku laa,contoh paling dekat..haha.


Okay untuk kenal kulit babi nie,selalunya dia ada dekat kasut, tapak kasut yang kat dalam tu,yang dibuat alas dan jugak lining kat tepi kasut soooo,,bila beli kasut jangan lupa nak geledah setiap inci2 celah2 kasut anda nak beli. Selalunya kulit babi nie banyak dibuat untuk kasut wanita, kasut lelaki pon ada jugak, tapi maybe tak sebanyak kasut pompuan kot.

Ciri-ciri Kulit babi :Permukaan atasnya mempunyai titik-titik dot yang lekuk kedalam. Didalam setiap titik dot itu ada 3 titik dot yang lain, untuk memudahkan anda mengenalinya setiap titik dot bahagian luar tadi kalau dicantumkan mengikut garisan kebawah, keatas, ketepi ia menjadi 3 segi. Kulit babi biasanya berwarna putih kekusaman. Selalunya ia diletakkan dibahagian lapisan belakang tumit kasut, dibawah lidah kasut, dibahagian bawah lubang tali kasut. Untuk lebih mudah mengenalinya, ia akan terasa seperti lembap ataupun seperti terkena lembapan sabun bila terkena peluh dari kaki anda. Ada juga kulit yang hampir meyerupainya tetapi ia tidak mempunyai 3 titik lekuk didalam setiap lekukkan tersebut. 




GAMBAR 1






GAMBAR 2




Cuba tengok betol2 gambar kat atas nih. Okay. Compare pulak dengan gambar kat bawah nie.





GAMBAR 3





Sekali imbas memang nampak macam sama, tapi sebenar nya TIDAK!! GAMBAR 1 & 2 adalah kulit babi tapi untuk GAMBAR 3 bukannya dari kulit babi. Okay , walaupun GAMBAR  3 nie pon obvious sangat2 laaa ada 3 dot, tapi perasan tak dot dot tue sangat laaaa tertib susunan nya, untuk GAMBAR 3  dia jadik 3 dot tue sebab mesin kasut tue sendiri. Paham takkk...tak paham baca bawah niee...



Berikut keterangan/informasi dari :
JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
HIDC (Halal Industry Development Corporation)
pada 09 Februari 2006
http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=2440&a=U

“Hasil dari pemeriksaan JAKIM didapati didalam industri pembuatan kasut, bag, tali pinggang dll, selain pengunaan kulit, bahan PVC, plastik dan kain adalah antara bahan-bahan yang sering digunakan. Diantara bahan-bahan ini sering terdapat kekeliruan diantara bahan PVC, plastik dan kulit babi kerana ketiga-tiga bahan ini apabila dipandang secara mata kasar akan kelihatan tiga bintik pada permukaannya. Sebagai maklumat bersama, triple dot yang terdapat pada PVC dan plastik adalah dihasilkan oleh mesin, keadaannya tersusun dengan baik dan titiknya terhasil secara menegak iaitu hasilan secara titikan jarum, menegak dan tepat manakala triple dot yang terdapat pada kulit babi, keadaanya tidak tersusun, berselerak, permukaan lubangnya menyendeng tidak menegak seperti yang terdapat pada PVC,keadaan menyendeng ini seolah-olah lubang jarum yang dicucuk secara menyenget. Diharapkan dengan penjelasan ini, para pengguna tidak terus panik hanya apabila terlihat triple dot pada mana-mana permukaan kasut, beg, wallet dsb, semak dahulu apakah bahan itu adalah kulit babi yang sebenar berdasarkan bentuk triple dot yang kelihatan.”



Okayyy..dah paham kannnnnnnnn....???kalau tak paham hang pi baca balik dari atas 
Satu lagi, selalu aku ada terbaca info yang cakap kasut yang ada kulit babi nie lagi murah,tapi bagi pandangan aku sebenarnya takk. Selalu kasut kasut yang aku dok usha kebanyakannya harga dia agak mahal. Contoh kasut TOMs tau tak kasut TOMs ...apa tak tau.. Oh my u soooo last year...haha Aku pon ada kasut TOMs nih ...haha 2 pasang lagi..haha ..tapi sekarang dah taubat dah, tak mau bazir2 shopping2..besa laa pesakit shophaholic kronik..uhukk..uhukk...






Cantikkk kann..haha yang nie TOMs REPLICA jaaa...diulangi  REPLICA. So ,kasut yang aku punya nie tiada unsur2 haram okayyyyy..ada paham.


Sebab tue kasut TOMs tak masuk Malaysia punya market,maksud aku kasut TOMs yang REAL laahh..salah satu sebab maybe sebab ada pig suede kot..ntah lahh..Tapi bagi sesetengah orang yang suka shopping online, kat mall, tepi jalan ,pasar malam ka..Jangan lupa nak check pulak, kang melayanggg duit ampa..


Kalau nak baca mengenai kulit babi dan cara nak kenali boleh KLIK SINI


Sekian, salam happy reading  :))

No comments:

Post a Comment