niin

niin

Klik

15 Jun 2012

CARA KENALI KULIT BABI

Salam...hyeee..hee..okay entry nih nak cita pasal kulit babi okay, BABIiiiii...haha , bukan kulit baby tau..sapa sapa yang tak tau kulit baby tue macam mana memang nak makan pelempang rasa2 nya kaannn. Kulit baby tue cam aku laa,contoh paling dekat..haha.


Okay untuk kenal kulit babi nie,selalunya dia ada dekat kasut, tapak kasut yang kat dalam tu,yang dibuat alas dan jugak lining kat tepi kasut soooo,,bila beli kasut jangan lupa nak geledah setiap inci2 celah2 kasut anda nak beli. Selalunya kulit babi nie banyak dibuat untuk kasut wanita, kasut lelaki pon ada jugak, tapi maybe tak sebanyak kasut pompuan kot.

Ciri-ciri Kulit babi :Permukaan atasnya mempunyai titik-titik dot yang lekuk kedalam. Didalam setiap titik dot itu ada 3 titik dot yang lain, untuk memudahkan anda mengenalinya setiap titik dot bahagian luar tadi kalau dicantumkan mengikut garisan kebawah, keatas, ketepi ia menjadi 3 segi. Kulit babi biasanya berwarna putih kekusaman. Selalunya ia diletakkan dibahagian lapisan belakang tumit kasut, dibawah lidah kasut, dibahagian bawah lubang tali kasut. Untuk lebih mudah mengenalinya, ia akan terasa seperti lembap ataupun seperti terkena lembapan sabun bila terkena peluh dari kaki anda. Ada juga kulit yang hampir meyerupainya tetapi ia tidak mempunyai 3 titik lekuk didalam setiap lekukkan tersebut. 




GAMBAR 1






GAMBAR 2




Cuba tengok betol2 gambar kat atas nih. Okay. Compare pulak dengan gambar kat bawah nie.





GAMBAR 3





Sekali imbas memang nampak macam sama, tapi sebenar nya TIDAK!! GAMBAR 1 & 2 adalah kulit babi tapi untuk GAMBAR 3 bukannya dari kulit babi. Okay , walaupun GAMBAR  3 nie pon obvious sangat2 laaa ada 3 dot, tapi perasan tak dot dot tue sangat laaaa tertib susunan nya, untuk GAMBAR 3  dia jadik 3 dot tue sebab mesin kasut tue sendiri. Paham takkk...tak paham baca bawah niee...



Berikut keterangan/informasi dari :
JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
HIDC (Halal Industry Development Corporation)
pada 09 Februari 2006
http://e-halal.hdcglobal.com/aduan_siar_c.php?id=2440&a=U

“Hasil dari pemeriksaan JAKIM didapati didalam industri pembuatan kasut, bag, tali pinggang dll, selain pengunaan kulit, bahan PVC, plastik dan kain adalah antara bahan-bahan yang sering digunakan. Diantara bahan-bahan ini sering terdapat kekeliruan diantara bahan PVC, plastik dan kulit babi kerana ketiga-tiga bahan ini apabila dipandang secara mata kasar akan kelihatan tiga bintik pada permukaannya. Sebagai maklumat bersama, triple dot yang terdapat pada PVC dan plastik adalah dihasilkan oleh mesin, keadaannya tersusun dengan baik dan titiknya terhasil secara menegak iaitu hasilan secara titikan jarum, menegak dan tepat manakala triple dot yang terdapat pada kulit babi, keadaanya tidak tersusun, berselerak, permukaan lubangnya menyendeng tidak menegak seperti yang terdapat pada PVC,keadaan menyendeng ini seolah-olah lubang jarum yang dicucuk secara menyenget. Diharapkan dengan penjelasan ini, para pengguna tidak terus panik hanya apabila terlihat triple dot pada mana-mana permukaan kasut, beg, wallet dsb, semak dahulu apakah bahan itu adalah kulit babi yang sebenar berdasarkan bentuk triple dot yang kelihatan.”



Okayyy..dah paham kannnnnnnnn....???kalau tak paham hang pi baca balik dari atas 
Satu lagi, selalu aku ada terbaca info yang cakap kasut yang ada kulit babi nie lagi murah,tapi bagi pandangan aku sebenarnya takk. Selalu kasut kasut yang aku dok usha kebanyakannya harga dia agak mahal. Contoh kasut TOMs tau tak kasut TOMs ...apa tak tau.. Oh my u soooo last year...haha Aku pon ada kasut TOMs nih ...haha 2 pasang lagi..haha ..tapi sekarang dah taubat dah, tak mau bazir2 shopping2..besa laa pesakit shophaholic kronik..uhukk..uhukk...






Cantikkk kann..haha yang nie TOMs REPLICA jaaa...diulangi  REPLICA. So ,kasut yang aku punya nie tiada unsur2 haram okayyyyy..ada paham.


Sebab tue kasut TOMs tak masuk Malaysia punya market,maksud aku kasut TOMs yang REAL laahh..salah satu sebab maybe sebab ada pig suede kot..ntah lahh..Tapi bagi sesetengah orang yang suka shopping online, kat mall, tepi jalan ,pasar malam ka..Jangan lupa nak check pulak, kang melayanggg duit ampa..


Kalau nak baca mengenai kulit babi dan cara nak kenali boleh KLIK SINI


Sekian, salam happy reading  :))

22 comments:

  1. Assalam, adakah terdapat jaket atau bolero dibuat dari kulit babi. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, depends la , tapi jarang penggunaan kulit babi nie utk baju, jacket or whatsoever..tapi kalau ada selalu nya ada certain part, mcm dekat kolar, hujung lengan, bhgian elbow, for confirmation tnya sales tue

      Delete
  2. salam...ada x accesory kereta yg dperbuat drpd kulit babi....contohnya mcm pmblut stereng kereta,,pmbalut seat kereta yg diimport dari korea..ada possibility x dperbuat drpd kulit babi..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau produk luar possibility tue mmg ada, sbb kulit babi nie widely dibuat utk mcm2, tambah2 lg negara luar, kulit babi adalah paling senang utk didapati compare to others mcm lembu or kambing or sheep,tp paling senang adalah tgk sendiri corak 3 dot pada kulit babi.

      Delete
  3. sbnr ksut TOMS tu ade ke x kulit babi? Aku ade brpasang2 ni...keliru la gn ayt ko....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasut TOMs yang dijual di Malaysia sebenarnya TAK ORI, jadi tak ada penggunaaan tapak kulit babi,. Tapi utk TOMs ORIGINAL yg sebenarnya menggunakan kulit babi.paham tak?

      Delete
    2. Yg jual kt MY ni memg x ori ke macam mne? Harge 60

      Delete
    3. yang banyak jual online dekat Fb dgn Insta tuh, tak ori pon, sy pon pernh kena tipu beli 3 pasang dekat 300, ingatkan ori

      Delete
  4. Produk kulit babi ni byk wrna x? Ke wrna coklat je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak confirm encik,tapi rasanya banyak warna, depends dengan penggunaan, sama ada sebagai tapak kasut/jacket/bag

      Delete
  5. Produk kulit babi ni byk wrna x? Ke wrna coklat je?

    ReplyDelete
  6. Produk kulit babi ni byk wrna x? Ke wrna coklat je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak confirm, rasanya banyak color black dgn brown je

      Delete
  7. salam..
    kalau produk dari Kaufmann palk dari kulit apa ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, saya tak tau la, sbb kaufmann ni buat product apa pon sy xsure --'

      Delete
  8. salam..
    saya nk tanya produk kaufmann ni guna kulit apa ek?

    ReplyDelete
  9. Salam, bata x buat kan kasut babi, sbb sy beli kasut bata pastu ada tompok tiga camtu, confuse lh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak buat pon, kalau tgk kasut bata tu, dia punya 3 dot tu sbb mesin

      Delete
  10. So kirenye kasut brand toms tu ad babi ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang sy tak tau nak cakap, entry ni sy buat dlm tahun 2012, kalau Ori Toms ada guna kulit babi untuk tapak, tak semua tapi ada certain jenis kasut Toms jugak, tapi sekrang sy xconfirm lah pulak

      Delete
  11. Tiga titik tu dapat dilihat dengan jelas ke ? Macam mana kalau cuma titik-titik tapi tiada lekuk? Lekuk tu dalam mana?

    ReplyDelete
  12. Aah kadang konfius jugak bab mengenal nie.. Between babi or plastik dan pvc. Tq sharing :)

    ReplyDelete